Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Padi dan Pusat Sains
:: SEJARAH PENUBUHAN TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI PUTRA, KUALA KEDAH ::
Penubuhan secara rasmi kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Putra ialah pada tahun 1989.
Dengan tertubuhnya Rakan Tetangga di kawasan Taman Sri Putra pada tahun 1993.
Memandangkan tiada premis yang bersesuaian kelas Tabika Perpaduan Taman Sri Putra ini telah ditempatkan di Surau Sri Hijrah sehingga sekarang.
Jumlah pelajar pada masa itu ialah 12 orang, ianya telah meningkat daru tahun ke tahun berasaskan kecenderungan masyarakat untuk menempatkan anak-anak mereka di Tabika Perpaduan yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Sejak penubuhan Tabika Perpaduan Taman Sri Putra, Cikgu Ruslina Binti Ramli dipertanggungkanjawabkan untuk menjadi tenaga pengajar, manakala peolong guru ialah :-
1. Shaida bt. Saad(tukar ke TP Tmn Seri Kota sesi 2001)
2. Norhana bt. Awang(penolong guru sesi 2001)
Pegawai Penyelaras yang dipertanggungjawabkan mengawasi kelas ialah Puan Hafiza bt. Mohamed Penolong Pegawai Perpaduan Kota Setar / Padang Terap.
sesi suai kenal
OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG
Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah untuk :-
1. Memperkenalkan Tabika Perpaduan Taman Sri Putra kepada masyarakat khususnya masyarakat setempat.
2. Meningkatkan ilmu dan pengetahuan warga tabika dalam bidang ICT.
3. Merapatkan hubungan tabika dengan masyarakat luar melalui perkongsian aktiviti-aktiviti tabika yang terpapar di dalam blog.
4. Menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menggunakan kemudahan ICT dalam pengkomersilan hasil kerja.
5. Menjadikan tabika sebagai salah satu tabika contoh kepada tabika-tabika lain di Malaysia di dalam penggunaan ICT.
6. Salah satu langkah ke arah menjadikan Tabika Taman Sri Putra sebagai tabika moden.
SELEPAS SEMINGGU DI TABIKA
amboiii...!!! rajinya adik-adik Tabika Perpaduan Taman Sri Putra
RUSLINA BINTI RAMLI (GURU)
Dilahirkan pada 22 Mac di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Nyonya dan seterusnya menyambungi pengajian di Sekolah Menengah Keat Hwa hingga ke peringat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mula berkhidmat pada 03 Januari 1993 sehingga kini di Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pernah mengikuti:-
Kursus Induksi Asas di Sekolah Latihan Talikom Taiping pada 8 Januari hingga 21 Januari 1993.
Kursus Profesional Guru Tabika Tahap I di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kursus Profesional Guru Tabika Tahap II di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pencapaian semasa perkhidmatan :-
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005
NORHANA BINTI AWANG (PEN. GURU)
Dilahirkan pada 3 Mei di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan awal Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Hassan, Simpang Empat dan seterusnya menyambung pengajiannya sehingga ke tingkatan 5 di Sekolah Menengah Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat Alor Setar Kedah Darul Aman.
Dilantik sebagai Penolong Guru pada 3 Januari 1993 sehingga kini di Jabatan Perpaduan Negara yang kini telah ditukar kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional.
Pernah mengikuti :-
Kursus Induksi Asas di Sekolah Latihan Talikom Taiping pada 1 Februari hingga 14 Februari 1993.
Tabika 21 Profesional Development Programme pada 16 Disember hingga 21 Disember 2002 di Pusat Latihan ESSET (KWSP) Bangi, Selangor.
Tabika 21 Profesional Development Programme pada 13 Januari hingga 18 Januari 2003 di Pusat Latihan ESSET (KWSP) Bangi, Selangor.
Pencapaian semasa perkhidmatan :-
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006.
PERTANDINGAN TABIKARAMA DAERAH KOTA SETAR/PADANG TERAP 2010
Persembahan Terbaik & Johan Daerah Kota Setar / Padang Terap
0 ulasan:
Post a Comment